Header Ads

"Zul Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong-sorong" - Zainol Macwilson Terima Dan Bersyukur Anak Putus Cinta.



Bapa mana yang tidak sayangkan anaknya dan bagi Zainol MacWilson, berakhirnya kisah percintaan anaknya, Zahirah MacWilson bersama Zul Ariffin merupakan salah satu perkara yang sangat melegakan. Bagi Zainol, dia sejak dari awal tidak merestui hubungan di antara pasangan tersebut.

“Alhamdulillah, saya rasa lega sekarang mereka sudah benar-benar putus. Dari pertemuan pertama lagi saya sudah dapat rasakan dia bukan seorang yang layak untuk Zahirah. Saya tidak restu hubungan mereka dan jangan sebut pasal kahwin pun, minta dijauhkan,” jelasnya kepada mStar Online.

Selain itu, melalui portal berita itu juga Zainol turut mendedahkan sikap sebenar Zul Ariffin yang disifatkan cukup kurang ajar.

“Kali pertama Zahirah bawa saya bertemu Zul pada tahun 2015 dan ketika itu saya tidak bersalam dengannya kerana saya dapat tahu dia bersikap kurang ajar dengan ibu Zahirah. Jadi sepatutnya dari situ dia tahu dan tidak meneruskan hubungan”

“Dia tahu saya tidak suka dan dalam tempoh itu juga dia tidak berusaha pun untuk berbaik atau menunjukkan usaha perbaiki hubungan,” ujarnya. Nampaknya bapa bekas kekasih dah bersuara, harapnya kisah ini tidaklah berpanjangan dan dapatlah bertemu jalan perdamaian.

Zainol berkata sedari awal Zul sepatutnya menjauhkan diri apabila mengetahui dirinya sebagai bapa Zahirah tidak merestui hubungan mereka:

"Apa boleh dikatakan, Zul hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Dia sudah tahu saya tak restu, kenapa nak teruskan juga. Macam saya katakan, nak berkawan tidak ada masalah, tapi bukan bercinta atau ke fasa seterusnya."

"Selagi saya hidup, Zahirah masih menjadi tanggungjawab saya. Saya berharap, apa yang berlaku ini secara tak langsung, ia beri pengajaran dan harus ‘move on’."

"Walaupun dia badan sado, saya tak takut. Saya hanya takut kepada Allah. Bagi saya, paling penting hormat orang tua."

Zainol memberitahu bahawa Zul tidak bersikap seperti gentleman kerana tidak berhubung sendiri dengannya untuk berkomunikasi, sebaliknya Zul hanya menyampaikan mesej kepadanya melalui Zahirah:

"Orang kata dia lelaki sejati. Tapi, kenapa tidak mahu menghubungi saya terus. Kenapa kena melalui Zahirah? Kalau dia tidak ada nombor telefon saya, boleh minta daripada Zahirah. Dari situ saja boleh tahu dia macam mana."







Sumber : Mstar Online.
FACEBOOK KIM SKIN



No comments

Powered by Blogger.