Header Ads

Woww! Meriah Dan Mewah Sambutan Hari Lahir Datuk Aliff Syukri Bertemakan Bollywood.



Semalam,Usahawan kosmetik yang terkenal iaitu Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzzaman semalam telah pun menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 31.Majlis yang diadakan di istana barunya yang diberi nama sebagai 'Palace Aliff Syukri' telah dihadiri oleh rakan terdekat serta para media.

Namun,Majlis sambutan kelahiran usahawan ini sememangnya mengagumi mata yang melihatnya dengan rumah serbi kemewahan.

Yang menariknya di dalam majlis tersebut,bertemakan Bollywood turut dihadiri pelakon Norman Hakim,Michael Ang,Fasha Sandha,Lisa Surihani dan Yusry,Nur Sajat,Wak Doyok,Datuk Aznil Nawawi,Achey dan Riezman Khuzaimi.

Bagaimanapun,Gimik sambutan hari lahir Aliff melhatkan beliau dan anak-anak menari tarian bollywood serta turut mengundang Nur Sajat untuk membuat persembahan.








Malahan,Datuk Aliff Syukri juga telah memberi keterangan bahawa dakwaan manyatakan dia berniat untuk menunjuk-nunjuk adalah salah.bagi Aliff niatnya adalah untuk memberi inspirasi kepada masyarakat supaya tidak pernah mengalah dan sentiasa berusaha untuk mencapai impian mereka.

“Demi Allah saya bukan nak riak. Apa yang saya kongsi ini adalah hasil usaha sepanjang melalui kepayahan hidup, dari saya susah sehingga dapat semua ini. Saya mahu orang di luar sana menjadikan ini sebagai inspirasi dan jangan pernah mengalah untuk mengapai impian”

beliau kini sudah mencapai apa yang diinginya dan berhasrat meletakkan jangkaan umur 35 tahun untuk memulakan sesuatu yang baru dan lebih islamik. Tidak lama lagi Aliff juga bakal perkenalkan resortnya pula. Selamat Hari Lahir Datuk Seri Aliff Syukri dan terus sukses!








Sumber : Instagram Datuk Aliff Syukri.
FACEBOOK KIM SKIN



No comments

Powered by Blogger.