Header Ads

"Woii!! Dah Kutuk Tak Yah Nak Gatal-gatal Kat Dm Ok" - Linda Rafar Naik Begang...




Mengamuk Linda Rafar bila seorang remaja lelaki cuba menggodanya menerusi mesej peribadi. Menurut aktres ini, remaja lelaki tersebut juga sering memberi komen negatif di laman sosialnya.

"Boikot budak ini, kutuk saya di Instagram dan Facebook lepas tu hantar mesej peribadi nak gatal-gatal.

"Jangan sampai aku lapor polis kau buat gangguan dalam hidup aku dan hantar mesej kotor!" tulisnya.

Tindakan tersebut dianggap sangat biadab dan tidak menghormatinya selaku wanita yang sudah berkahwin.

Linda turut memuat naik akaun lelaki berkenaan yang menggunakan nama @faieezyahyaa88.


Isteri kepada pelako Syed Aiman ini juga tidak mengetahui niat sebenar mengapa lelaki itu bertindak sedemikian.

Sebelum ini juga @faieezyahyaa88 pernah menulis komen, meminta orang ramai supaya memboikot Linda Rafar kerana tidak berpakaian menurut syariat Islam.

"Dia mental berani betul kutuk dan komen dalam IG suruh boikot Linda Rafar kerana tak ikut syariat Islam, dia mengaku budak AF (Akademi Fantasia) lepas tu nak menggatal," tambahnya.

Alahai apalah nak jadi. Bertabahlah Linda. 






Sumber : Instagram Linda Rafar
FACEBOOK KIM SKIN



No comments

Powered by Blogger.