Header Ads

Tergamak! Kenyataan Hans Isaac Buat Netizen Diam.




Pelakon dan produser filem Datuk Hans Isaac menjelaskan hubungannya dengan pengacara Neelofa hanya sekadar kawan baik semata-mata.

"Neelofa termasuk dalam golongan kawan baik saya seperti seperti Datuk Afdlin."

"Apa juga berkaitan industri atau perniagaan dia banyak minta nasihat dan pandangan saya. Seperti kontroversi baru-baru ini saya minta dia mengaku bersalah sahaja dan minta maaf."

"Kita manusia tidak sempurna, kadang-kala CEO juga buat kesilapan".


Dia diminta mengulas tentang hubungannya dengan Neelofa yang didakwa kembali terjalin selepas foto-foto mereka ketika menonton konsert bersama-sama tersebar di laman sosial, baru-baru ini.

"Kalau boleh saya tidak mahu cakap tentang itu bagi menghormati keluarga dan ibu bapa dia,"

"Hubungan kembali terjalin? Tuhan sahaja yang tahu kerana jodoh di tangan tuhan."

Katanya, dia sudah mengenali Neelofa ketika pelakon itu belum mendapat perhatian. Dalam pada itu, Hans berkata dia tidak mahu disalah anggap cuba menumpang populariti pemilik Naelofar Hijab itu.




Hans dan Neelofa pernah menjalinkan hubungan istimewa sekitar tahun 2011 namun mengumumkan hubungan tersebut berakhir dua tahun kemudian.

“Bagi saya dia masih orang yang sama cuma populariti yang diraih kini berbeza,” ujarnya.



Pelakon lelaki itu kemudian bertunang dengan model Gabrielle Robinson pada Januari tahun lalu, namun memutuskan pertunangan mereka pada Oktober 2017. 

Sumber : MSTAR ONLINE




No comments

Powered by Blogger.