Header Ads

'Tak Suspen Langsung Dia Lah Pengacara,Dia Lah Pemenang' - Neelofa Menang Besar,Netizen Tidak Puas Hati.




Majlis anugerah yang meraikan bakat-bakat dalam industri seni tanah air ini merupakan salah satu acara yang paling ditunggu-tunggu. Malam tadi telah berlangsungnya Anugerah Meletop Era (AME) 2018 yang diadakan di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil. kerja keras bagi para selebriti akhirnya dirai.

Hasil undian daripada peminat, Neelofa telah berjaya ‘sapu bersih’ tiga kategori percalonannya iaitu Drama Meletop (Red Velvet), Pelakon Televisyen (TV) Meletop dan Fesyen Meletop sekaligus dinobatkan sebagai TOP Meletop Wanita.

Di laman Twitter, ramai yang meluahkan rasa kecewa dengan kemenangan besar yang diraih Neelofa. Seperti biasa pasti ada momen-momen yang membuatkan netizen tidak berpuas hati.

Namun, apa yang menjadi bualan hangat netizen adalah apabila Neelofa sebagai pengacara mengumumkan sendiri kemenangan tersebut. Bagi kategori TOP lelaki pula, Khai Bahar diumumkan sebagai pemenang selain memenangi kategori Penyanyi Meletop dan Lagu Meletop. 








FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.