Header Ads

Siapakah Jejaka Yang Berjaya Tambat Hati Ruhainies Tu? Ini Wajah Sebenarnya Dan Respon Sebenar Ruhainies...



Pelakon Ruhainies mengakui dia belum bersedia untuk memikirkan soal cinta kerana fokusnya sekarang hanya kepada kerjaya seni. Malah katanya lagi, perkenalannya dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Asyraf bukanlah demi menutup kontroversi lama yang pernah terpalit dengan dirinya bersama individu berstatus suami orang tidak lama dulu.

“Sebenarnya saya belum bersedia untuk kongsikan apa-apa mengenai hal berkaitan peribadi kerana dia bukanlah teman lelaki saya sebab kami sekarang hanya dalam fasa berkawan. Buat masa ni, dialah yang paling rapat memandangkan kami saling berkongsi dan saya banyak juga meminta nasihat dan tunjuk ajar daripadanya,” katanya ketika ditemui.

“Kami sudah kenal selama dua tahun dan saya selesa berkawan dengannya kearah pemikirannya yang jauh ke depan. Jujurnya saya ni sudah untuk bercampur dengan orang luar selain keluarga dan sahabat terdekat. Cumanya bila sudah percaya, barulah saya mulai rapat dan bila berkawan, fokus saya hanyalah pada seorang sahaja. Suka kawan dengan dia kerana sifatnya yang berpandangan jauh dan boleh berkongsi banyak perkara, misalnya hal perniagaan,”kongsinya jujur

Katanya lagi, kisah sensasi yang pernah terjadi di dalam hidupnya adalah sesuatu yang bukan dirancang, malah dia bersyukur kerana peminat sudah mengetahui dia bukanlah seperti yang diperkatakan.

“Aduh… yang itu memang kontroversi yang bukan dirancang. Apa pun saya tak mahulah gunakan orang lain untuk tutup gosip atau kisah sensasi sebab hal dulu tu, semua orang tahu itu tidak benar. Apa pun, fokus saya sekarang hanyalah pada kerja saja. Umur pun masih lagi muda nak bercinta,” tegas Ruhainies. 

Terdahulu, bintang berusia 25 tahun ini ditemui di program Pantun War dan A&W Malaysia bersempena dengan pelancaran salah satu produk barunya, Burger La Mole. Turut sama hadir di dalam majlis berkenaan ialah penyanyi remaja, Asad Motah.

Dalam perkembangan lain, Ruhainies bakal menjalani penggambaran drama 20 episod yang akan memulakan penggambaran pada 25 April depan. Drama yang belum diberikan tajuk itu bakal disiarkan menerusi RTM.





Foto: Sumber Google & MH
FACEBOOK KIM SKIN



No comments

Powered by Blogger.