Header Ads

Semakin Langsing! Demi Kesihatan, Sherry Alhadad Dedah Berjayakan Turunkan 11Kg.



Pengacara dan pelakon Sherry Alhadad memberitahu dia diberi tempoh selama tiga tahun oleh doktor untuk menjaga kesihatannya atau dia berhadapan dengan risiko pelbagai penyakit berbahaya.

Namun dengan itu,Sejak tiga bulan lalu dia mula mengubah gaya hidupnya dan mula melakukan senaman.Dalam tempoh tersebut juga Sherry berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 11 kilogram.

“Sebelum ini saya ada buat pemeriksaan kesihatan dan doktor selalu cakap saya ada tiga tahun sahaja untuk jaga kesihatan.Bukan untuk mati... tapi untuk mengelak daripada sebarang penyakit. Alhamdulillah, saya dah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 11 kilogram dalam masa tiga bulan."

“Saya bersenam dan jaga permakanan ini pun bukan nak kurus semata-mata tapi untuk sentiasa sihat dan cergas,” kata Sherry.

Nama sebenar Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad,34.Sebelum ini beratnya 119 kilogram dan terkini hanya 108 kilogram sahaja.Sheey juga menyasarkan untuk mengurangkan berat badannya dibawah 100 kilogram dalam tempoh dua bulan lagi.

Bagaimanapun,Sherry juga menjelaskan terpaksa melupakan semua makanan kegemarannya dan perlu meluangkan masa dipusat kecergasan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.




“Selama tiga bulan ini saya memang menjaga permakanan. Setiap hari saya hanya makan set makanan sihat.Tapi saya tetapkan hari Ahad sebagai ‘cheat day’. Jadi, hari itu saya boleh makan apa sahaja yang teringin tetapi bukanlah secara melampau."

“Tambahan pula, saya ada pergi ke pusat kecergasan untuk bersenam dalam tiga kali seminggu. Saya akan pilih hari yang tak sibuk,” ujarnya.







-www.kakishare.tv
FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.