Header Ads

Padah! Kerana Kucing, Seorang Wanita Kerugian Lebih RM25,000




Wanita berusia 51 tahun seorang pengusaha kantin menyedari kehilangan beg tangannya kira-kira jam 10.30 pagi. Peniaga wanita tersebut kerugian lebih RM25,000 selepas beg tangan berisi barangan kemas dan wang tunai dilarikan di rumahnya di Kampung Sempang, Merlimau.

Siasatan awal mendapati kali terakhir wanita itu memegang beg tangannya ketika pulang daripada makan pada malam kejadian, kira-kira jam 11.30 malam. Sejurus tiba di rumah, wanita itu yang melihat seekor kucing berada di beranda rumahnya, meninggalkan beg tangannya di atas kerusi dan menghalau haiwan berkenaan.

"Selepas menghalau kucing, dia terus masuk rumah dan terlupa untuk mengambil semula beg tangan yang diletak di atas kerusi di beranda rumah," kata Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Arshad Abu.

 Suspek dipercayai masuk ke beranda rumah mangsa dan mengambil beg berkenaan. Beg itu mengandungi seutas rantai kaki, loket, cincin emas yang bernilai RM22,900 dan wang tunai RM3,040.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Sumber : BERITA HARIAN




No comments

Powered by Blogger.