Header Ads

'Memang Tak Ada Niat Nak Ambil Kesempatan Dengan Kisah Putus Tunang Mereka' - Netizen Tidak Puas Hati,Ini Respon Fathia Latiff




Pelakon Fathia Latiff tiada niat hendak mengambil kesempatan atas episod kisah putus pertunangan pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 31, berkata dia dan penyanyi Hez Helmi menukar lirik lagu Di Matamu nyanyian Sufian Suhami itu sekadar untuk hiburan.

"Saya ada terbaca kisah mereka di laman sosial. Jadi, saya saja mencuba untuk menukar lirik lagu Di Matamu versi balasan (reply).

"Memang tak ada niat nak ambil kesempatan dengan kisah mereka. Hanya sekadar untuk hiburan sahaja. Bila saya tag Elfira, mestilah dia terkejut.

"Tapi dia okey sahaja. Kenapa netizen nak pertikaikan sedangkan empunya badan pun tak kata apa-apa," kata Fathia kepada mStar Online.






Netizen turut mempersoalkan apakah motif sebenar Fathia untuk terus melibatkan Elfira dengan kenangan silamnya.

Walaubagaimanapun, Fathia menjelaskan perkara itu sekadar suka-suka sahaja dan tidak pernah berniat mahu mengambil kesempatan atas kisah putus tunang Elfira dan Sufian.

"Saya ada terbaca kisah mereka di laman sosial. Jadi, saya saja mencuba untuk menukar lirik lagu Di Matamu versi balasan (reply). Memang tak ada niat nak ambil kesempatan dengan kisah mereka. Hanya sekadar untuk hiburan sahaja. Bila saya tag Elfira, mestilah dia terkejut. Tapi dia okey sahaja. Kenapa netizen nak pertikaikan sedangkan empunya badan pun tak kata apa-apa."

Harapnya isu ini tidak perlu dipanjangkan lagi. Mungkin netizen hanya mahu Fathia menjaga hati kedua-dua belah pihak memandangkan isu putus tunang tersebut mencetuskan pelbagai spekulasi yang menjejaskan keluarga Sufian dan Elfira. Apa-apa pun, kami puji sura Fathia memang merdu.






 

Sumber : mStar Online.
FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.