Header Ads

'Memang Real La Bawak Watak Pekak Dan Bisu Ni,Sampai Mata Berhabuk' - Lakonan Ayda Jebat Dipuji Netizen.



Pelakon popular Ayda Jebat tidak menyangka beliau mampu membuat hati penonton terusik dan memuji lakonan beliau sebagai gadis bisu dan pekak didalam drama Aku Nazmi yang ditayangkan di TV3 Sabtu lalu.

Bukan mudah untuk “menghidupkan” watak tanpa sebarang dialog, Ayda meluahkan rasa syukur atas sambutan baik yang diterima.

"Alhamdulilah, saya bersyukur dengan sambutan yang diberikan peminat. Sejujurnya, saya tidak menyangka sambutannya begini hebat hingga menjadi ‘trending’ di Twitter. Malah, saya turut menerima mesej daripada peminat, rakan-rakan, pengarah dan kru produksi yang mengucapkan tahniah kerana berjaya membawakan watak yang susah ini."

"Watak gadis bisu dan pekak ini sangat susah sebab kena belajar bahasa isyarat. Sepanjang tempoh itu, boleh dikatakan hampir setiap hari saya menangis. Apa yang membuatkan ia susah kerana pada masa sama perlu ada reaksi muka. Kalau setakat isyarat tangan ia boleh dihafal."

Pertama kali memegang watak itu, Ayda akui beliau sangat menghargai sokongan peminat. Akhirnya segala usaha beliau demi menyampaikan mesej disebalik drama tersebut berbaloi dan memberikan kesan yang mendalam.








Sumber Berita : Harian Metro.
FACEBOOK KIM SKIN




No comments

Powered by Blogger.