Header Ads

Low Profilenya!! "Panggil Nama Saja,Datuk Datin Untuk Acara Rasmi Je" - Akui Fouziah Gous.



Minggu lalu, kami pernah menyiarkan artikel di mana pelakon Fouziah Gous kini bergelar Datin selepas suaminya muncul di keratan akhbar dengan gelaran baru iaitu Datuk Zhafran Md Yusof.

Sehingga kini Fouziah Gous masih tidak memberi sebarang kenyataan tentang berita tersebut. Namun, suaminya Datuk Zhafran tampil memberikan penjelasan tentang gelaran tersebut.

Memetik laporan Sinar Harian, Zhafran memberitahu gelaran Datuk tersebut sudah lama diperoleh dan hanya dipakai untuk acara tertentu sahaja.

“Gelaran itu hanya dipakai ketika acara-acara rasmi yang melibatkan kerja saya sahaja. Saya pun bukan selebriti jadi tak perlulah nak dihebah-hebahkan.

“Sekarang bila semua dah tahu, nak panggil Datuk boleh, nak panggil Zhafran pun lagi bagus. Saya tak ada masalah,” ujarnya.

Apabila ditanya tentang isterinya, Zhafran menjelaskan pendirian mereka sama dan hanya lebih selesa dipanggil dengan nama sahaja.

“Nak panggil Fouziah boleh, nak panggil datin pun terpulanglah.

“Namun kalau ikut beliau, selesa dipanggil Fouziah sahaja. Cuma kalau acara rasmi bersama saya, tak boleh elak. Bagi kami okay sahaja,” katanya.









Sumber : Sinar Harian
FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.