Header Ads

"Kenapa Anak Nora Danish Tak,Hmmm, Tak Co...." - Netizen Hina Dan Kritik Baby Neyney.




Di kala orang lain masih teruja dengan kehadiran anak pasangan selebriti Nora Danish dan Nedim Nazri iaitu Mohamed Neqayl Nazri Aziz atau lebih dikenali Ney Ney, masih ada segelintir tidak senang dengan kegembiraan itu.

Baru-baru ini, seorang wanita dengan lancangnya mempersoalkan rupa paras bayi itu yang kononnya tidak secomel ibu bapanya yang cantik dan kacak menerusi laman Twitter.

"Bukan semua bayi dilahirkan comel ke?" tulisnya di Twitter.

Amboi, berani betul keluarkan kenyataan sedemikian, ya? Memang sengaja mengundang kecaman netizen sahajalah.

"Apalah dosa anak Nedim dan Nora Danish?" komen netizen.

Mungkin dia tidak menyangka tweetnya itu mendapat perhatian ramai sehingga mengundang kecaman terhadap diri sendiri. Malah, tindakannya itu memakan dirinya apabila dia turut dihina kerana rupa paras dan bentuk fizikalnya hingga terpaksa menukar gambar profil dan nama akaun.

"Biar huduh, badan gemuk. Tapi hati kasi lawa sikit," nasihat netizen.


Selepas menerima pelbagai kecaman, dia bertindak menurunkan status terbabit dan telah memohon maaf kepada orang ramai terutama Nora serta Nedim. Menurut wanita itu, tweet berkenaan ditulis bagi memberi reaksi kepada tweet netizen lain berhubung isu sama.

Betul tu, jangan menghina orang kalau tidak mahu diri dihina. Kan dan 'berasap' saja bila rupa fizikal sendiri 'dibahan' netizen. - 











Foto: Instagram Nora Danish
FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.