Header Ads

'Kalau i Tahu Sepah Reunion Punya Back Stage Layan i Macam Sampah,i Tak Ingin...' - Fathia Latif Naik Berang Dan Bongkar Situasi Sebenar.



Nama pelakon, Fathia Latiff memang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air kerana bakat lakonanya yang hebat sering menambat hati penonton.

Namun begitu sejak akhir-akhir ini, Fathia sering dihimpit dengan pelbagai kontroversi dan salah satunya adalah berhubung isu yang mendakwa pelakon ini mempunyai masalah disiplin dengan sebuah produksi untuk program Sepahtu Reunion Live.

Menurut sumber daripada Astro Gempak di ruangan Miss K, pihak produksi tidak berpuas hati dan tidak dapat menahan perasaan marah terhadap Fathia kerana lewat tiba di lokasi penggambaran sehingga terpaksa meminta pelakon, Siti Elizad untuk menggantikan Fathia.

Baca ini juga: Luah Perasaan Di Twitter, Fathia Ada Masalah Ke?

Walaupun isu ini sudah lama namun baru-baru ini menerusi Twitter, Fathia telah membongkar situasi di belakang pentas program tersebut.

Menurut Fathia, dia ditengking di hadapan orang ramai dan mereka meminta dia menukar pakaian beberapa kali dan memintanya untuk tunggu malah pelakon ini juga berkata dirinya ditipu oleh pihak produksi.

Apapun berharap setiap salah faham antara Fathia dan pihak produksi dapat diselesaikan dengan baik.











Sumber: Twitter Fathia Latiff
FACEBOOK KIM SKIN





No comments

Powered by Blogger.