Header Ads

Gara-gara Tersingkir Kerana Rendang Ayam Tak Rangup, Rakyat Malaysia & Indonesia Bersatu Hati Tentang Dan Lawan Juri Masterchef UK




Beberapa hari kecoh di laman sosial apabila peserta Masterchef UK, Zaleha Kadir Olpin disingkirkan dari rancangan realiti itu kerana rendang yang disediakannya tidak rangup. Komen yang diberikan juri pertandingan, John Torode itu membuatkan netizen bengang dan menyuarakan pandangan masing-masing.

Selepas hentaman diterimanya, komen balas dibuat John mengeruhkan keadaan sehingga membuatkan netizen bekerjasama melawan kembali chef itu.

John Torode kemudiannya membalas tweet netizen mengatakan masakan rendang berasal dari Indonesia dan gembira dengan keterujaan ditunjukkan seorang netizen. Pengguna Twitter sebelum itu mempertikai masakan ayam rendang boleh mempunyai tekstur garing.

Tidak senang duduk dengan kenyataan John mengenai rendang crispy berkenaan, netizen Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei bersatu hati menentang ‘ideologi songsang’ berkenaan.

Netizen di rantau ini mempertahankan hak mereka sebagai pemilik juadah itu dan ‘memberi amaran’ supaya persaudaraan yang terbina tidak dirobohkan dengan ideologi rendang rangup seperti yang didakwa John itu.








Sumber : John Torode.
FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.