Header Ads

"Dah Tau Dunia Akhir Zaman Kau Tutup La IG Kau,Buang Smart Phone" - Nabila Huda Begang Dikomen Peminat.




Nama Nabila Huda tidak asing lagi dengan lakonannya yang mantap tetapi sejak dari dulu lagi imejnya yang seksi memang sering diperkatakan ramai. Terbaru, Nabila Huda melenting apabila ditegur peminat mengenai pakaiannya yang menjolok mata di malam AME 2018.

Difahamkan menerusi sekeping gambar yang dimuat naik Abil, ada seorang peminat menegurnya dan mengatakan dunia sudah akhir zaman melihat Abil berpakaian seperti itu, seterusnya mencetuskan kemarahan beliau.

Dalam satu komen (termasuk tag nama indvidu terbabit), Abil meminta indvidu tersebut berhenti bermain sosial media dan mengintai dirinya di laman sosial jika sudah tahu dunia akhir zaman. Tambahnya lagi, individu tersebut sepatutnya tidak menyalahgunakan sosial media dengan menambahkan dosa.

Pedas sungguh kata-kata Abil ‘berceramah’ kepada peminatnya itu. Jarang kita lihat Abil meletop sebegini kerana isu ini sudah dilaluinya sejak dari dulu lagi. Bagaimanapun dimaklumkan individu tersebut telah memadamkan komen itu.

Tidak salah untuk menegur, tapi mungkin ada cara yang lebih sesuai. Ada orang lebih terkesan dengan kata-kata nasihat yang lembut, berbanding dengan provokasi seperti ini, apatah lagi terbuka di laman sosial.









Sumber ; Instagram Nabila Huda
FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.