Header Ads

Berang Ditegur Kerana Meludah? Ini Yang Terjadi...




Dalam kejadian di terminal bas Kalansanan, Inanam di sini, jam 3.30 petang Isnin lalu, mangsa berusia 54 tahun sedang menunggu penumpang, menegur suspek kerana meludah ke arahnya.

Berang ditegur kerana meludah, seorang pemandu van disyaki memukul seorang lelaki yang juga pemandu van dengan paip besi sehingga mangsa menerima lima jahitan akibat kecederaan di kepala.

Suspek dikatakan berang dengan teguran itu lalu cuba memukul mangsa dan berlaku pergaduhan sebelum dia mengambil paip besi dari vannya. Difahamkan, suspek kemudian memukul belakang badan, lengan dan kepala mangsa dengan paip besi sebelum dileraikan orang ramai. Berikutan itu, mangsa dikatakan cuba melarikan diri tetapi terjatuh.

PAIP besi yang digunakan memukul seorang lelaki dalam kejadian di terminal bas Kalansanan, Inanam.

Mangsa yang dikejarkan ke hospital oleh rakannya, kemudian membuat laporan di Balai Polis Karamunsing. 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata susulan laporan itu, polis menahan suspek berusia 62 tahun, semalam, dan merampas paip besi berukuran 51 sentimeter dipercayai digunakan ketika kejadian.

"Siasatan mendapati pergaduhan itu dipercayai akibat perselisihan faham sehingga menyebabkan mangsa cedera dan menerima lima jahitan di kepala," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Sumber : Berita Harian




No comments

Powered by Blogger.