Header Ads

'Baby Baru 2 Bulan,Sibuk Bawa Berjalan' - Bercuti Di Bali Bersama Ney Ney,Nora Danish Dihentam Netizen.



Baru sahaja selesai berpantang sejak melahirkan bayi, Ney Ney, Nora Danish nampaknya kini sedang menikmati percutian di Bali bersama keluarga. Namun beberapa gambar Nora ‘berjemur’ bersama bayinya di bawah sinaran matahari tidak begitu disenangi ramai.

Melalui perkongsian di Instagram, Nora membawa Ney Ney bercuti untuk kali pertama, tapi peminat mula mempersoalkan usia bayi itu yang masih kecil (seawal dua bulan) sudah dibawa berjalan.

Selain itu, ada juga yang mengkritik Nora lebih mementingkan percutian daripada berpantang sebetulnya di rumah hingga mengundang perbalahan di kalangan peminat di ruangan Instagram pelakon itu.





Ramai berpendapat Nora tidak sepatutnya membiarkan anaknya tidak berbaju di bawah matahari kerana risau kulit bayi yang sensitif.Bukan itu sahaja, gambar bayi Nora tidak berbaju ketika bersantai di tepi pantai juga dikecam netizen.

Peminat menyuarakan pendapat kerana prihatin tentang kesihatan bayi Ney Ney. Serba tidak kena nampaknya percutian Nora kali ini dimata netizen.












Sumber : Instagram Nora Danish
FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.