Header Ads

'Yang Putuskan Pertunangan Adalah...Sufian Telah Jelaskan Hantaran...' - Pengurus Sufian Dedah Kisah Sebenar.




Aduh nampaknya semakin lama isu putus tunang Sufian dan Elfira menjadi semakin rumit dan hangat diperkatakan.

Jika selama ini pihak Elfira Loy dikatakan sering mengeluarkan statement-statement berkenaan dengan apa yang terjadi serta sering berkias-kias bahasa di media sosial.

Kali ini, buat pertama kalinya, baca sendiri komen pengurus Sufian berkenaan isu putus tunang ini.

Melalui ruangan komen seorang netizen yang mempertikaikan tinggi sangatkah selitkan RM20 sehari masuk dalam Al-Quran, pengurus Sufian yang dikenali sebagai Mahadhir memjelaskan kepada gadis ini semua ini hanya ingin menutup kelemahan sendiri.

Menurut Mahadhir, sebenarnya Sufian mampu melakukan perkara tersebut. Jika dihitung dengan segala pendapatan hasil persembahan yang dilakukannya namun tetapi dia menganggap perkara memberi tip itu sebagai satu strategi merendahkan akhlak artis jagaannya.

Malah, Mahadhir turut menjelaskan yang terlalu gila-gilakan Sufian sebenarnya adalah anaknya yang sentiasa ingin bersama Sufian setiap minit sehingga kerap melakukan panggilan telefon tanpa henti dan sentiasa ingin bersama Sufian dan mengikutinya ke mana sahaja sehingga lewat malam dan awal pagi tanpa ditemani oleh teman mahupun keluarga sendiri.

Pengurus Sufian turut berkata sikap Elfira seperti perigi mencari timba dan menafikan Sufian cuba mencari penganti.

Malah, Mahadhir turut memberitahu ibu Elfira sendiri telah menghubungi bekas kenalan Sufian dan sengaja mencari alasan untuk memutuskan pertunangan itu.


Bukan itu sahaja, Mahadhir turut menegaskan yang terlalu menginginkan Sufian adalah Elfira namun ibunya itu yang telah memutuskan pertunangan mereka dan seperti apa yang Sufian telah jelaskan beberapa kali, wang hantaran dan syarat yang telah ditetapkan itu bukanlah alasan utama.

Dalam pada itu, Mahadhir turut menjelaskan sebenarnya semua benda dapat disediakan termasuklah kondo dua tingkat yang kini di diami oleh Sufian.

Aduh bagaikan drama pula rasakan kisah mereka ini. Memang merumitkan!

Terkejut apabila pengurus Sufian berani buka mulut dan ceritakan kisah sebenar kepada semua orang.

Nampaknya perkongsiannya ini telah mendapat sambutan ramai dan rata-rata terkejut dan tidak sangka.








FACEBOOK KIM SKIN



No comments

Powered by Blogger.