Header Ads

Wahh!! Semakin Mesra,Khai Bahar Semakin Mesra Dengan Wany Hasrita Buat Netizen Ingin Mereka Bercinta?




Ramai peminat sudah mengetahui bahawa penyanyi Wany Hasrita telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini kerana dijangkiti Influenza B dan turut dikuarantin.

Malah keakraban Khai dan Wany semakin hangat diperkatakan peminat kedua-dua penyanyi itu.Apabila saling berbalas 'pick-up' dalam sebuah rancangan televisyen.

Namun bagaimanapun,ada yang mengatakan dan khabar angin juga mengatakan bahawa Khai Bahar kini dikatakan sedang intim dengan Wany.

Peminat juga turut membuat spekulasi ini dengan mewujudkan akaun khas buat Khai dan Wany juga.Namun begitu,Khai juga enggan mengulas lanjut mengenai hubungan mereka kerana enggan disalah erti mana-mana pihak.

Baru-baru ini, beliau juga enggan memberi komen mengenai kehadirannya melawat Wany yang dimasukkan ke pusat perubatan ibu kota.


“Biarlah rahsia, saya tidak mahu orang salah faham dengan kenyataan saya dan boleh mengundang fitnah. Soal melawat atau tidak tidak perlu saya ulas lanjut. Apa yang saya lakukan bersama kawan-kawan saya biarlah ikhlas, apabila sudah rapat dan selalu menghadiri acara bersama-sama, peminat nampak kami ‘sweet’.

Kalau sebelum ini dengan Wany, baru-baru ini ada pula peminat cakap saya rapat dengan Ara Johari. Apapun, saya tidak kisah digosipkan dengan sesiapa pun asalkan peminat-peminat saya gembira,”








Sumber : Astro Gempak.

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.