Header Ads

'Uji Rashid Dihalau Dari Rumah Sewa, Menteri Datang Bantu.




Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitulah nasib penyanyi veteran, Uji Rashid yang cukup bertuah apabila impiannya untuk menduduki rumah sendiri tercapai.

Setelah dihalau dari rumah sewa baru-baru ini, kes Uji Rashid mendapat perhatian oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Setelah diteliti dan menepati syarat, permohonan yang telah lama dibuat akhirnya diluluskan dibawah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Dia yang menyewa di Ampang dan tinggal bersama anaknya, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin terpaksa mengosongkan rumah tersebut kerana dikatakan gagal membayar sewa.

Uji Rashid bersama anak dan cucu kesayangan datang sendiri ke pejabat Tan Sri Noh Omar untuk memohon bantuan tersebut serta menceritakan masalah yang dihadapi oleh mereka sekeluarga.

Moga dengan bantuan ini dapat memberi harapan baru kepada keluarga Uji Rashid. Sudah lama dia mohon baru sekarang diluluskan. 






FACEBOOK KIM SKIN



No comments

Powered by Blogger.