Header Ads

"Tindakan Neelofa Boleh Didakwa Punca Islam Dipandang Serong. " - Persatuan Guaman




Tindakan Neelofa memilih kelab malam sebagai lokasi pelancaran hijab tempoh hari membolehkan beliau didakwa di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1977.

Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Salkukhairi Abd Sukor berkata, berdasarkan Seksyen 7 Akta Kesalah Jenayah Syariah, mana-mana individu yang menyebabkan agama dipandang hina, boleh disabitkan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Tindakan Neelofa itu bukan sahaja boleh memberi gambaran negatif terhadap wanita Muslimah yang bertudung tetapi juga secara tidak langsung boleh menjatuhkan kesucian agama Islam itu sendiri”

“Selepas ini pasti ada yang beranggapan wanita Muslimah boleh pergi dan menari di kelab malam, asalkan mereka memakai tudung. Ini persepsi yang silap dan perlu diperbetulkan kerana Islam mensyariatkan seseorang wanita itu perlu menutup aurat untuk menjaga maruah”



Bagaimanapun, Salkukhairi berkata, perkara ini terpulang kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mahu mengambil tindakan sewajarnya terhadap selebriti itu atau tidak.

“Undang-undang sudah ada. Cuma ia terserah kepada MAIWP. Jika pihak berkuasa agama ingin mengekang perbuatan itu, tindakan undang-undang sewajarnya perlu diambil sebagai pengajaran terutamanya bagi selebriti yang mempunyai ramai pengikut seperti Neelofa,” jelasnya.


A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on


Sumber : Harian Metro.

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.