Header Ads

'Tapi Kena Igat! Poligami Tak Salah Yang Salahnya Bila Tamak' - Datin Red




Umum mengetahui bahawa Datin Syarifah Nor Shafila atau lebih mesra dikenali sebagai Datin Red sedang menjalani kehidupan bahagia bersama Dato’ Red walaupun berita tentang perkahwinan suaminya dan penyanyi terkenal, Adira pernah mencetus kontroversi suatu ketika dulu.

Terbaru, Datin Red telah memuatnaik satu status menyelar mana-mana pasangan yang berpoligami untuk sedar akan hakikat sebenar dalam hidup berkongsi kasih suami.

Menerusi status tersebut Datin Red mengingatkan bahawa hidup berpoligami itu tidak boleh dipersalahkan sebaliknya mereka yang tidak sedar akan hakikat perkongsian kasih inilah sebenarnya yang patut dipersalahkan.


Netizen nampaknya bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datin Red dan mencadangkan agar wanita lain yang dimadukan belajar dengannya agar tidak terlalu berlemah lembut dalam situasi seperti ini.

Ada juga pengikut Datin Red yang hairan tentang trend semasa dimana wanita-wanita kini lebih gemar mengejar mereka yang berstatus suami orang.







Sumber : Datinred
FACEBOOK KIM SKIN



No comments

Powered by Blogger.