Header Ads

'Tak Tahan Dikutuk Di Panggil Gorila, Negro, Nama-Nama Binatang' - Siti Sarah Kongsi Cerita Untuk Berubah.




Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan dan hubungannya cukup sinonim bagai isi dan kuku. Itulah yang berlaku pada penyanyi terkenal, Siti Sarah yang mengakui dia mempunyai sebab tersendiri untuk melakukan perubahan pada penampilan diri apabila sering menjadi bahan kutukan orang sebelum ini.

Menerusi salah satu posting penyanyi Jangan Kau Mimpi ini di Instagram (IG) beberapa jam lalu, Sarah ada berkongsi perasaanya apabila dihina kerana penampilan lamanya.

Meski menyedari ada yang mengganggap dia seorang wanita yang kuat, namun Sarah tidak nafikan dia sudah tidak tahan apabila sering dilabel dengan macam-macam, termasuklah nama bintang!

“Sapa ingat gambar ini? mungkin ramai yang kata kenapa nak cerah kenapa nak berubah buat apa? You are not in my shoes, awak tak hadap apa yang saya hadap. Ye saya memang kuat untuk hadap banyak benda tapi saya tau ramai orang yang tak boleh menghadapi tekanan.

“Apabila dikutuk di panggil gorila, negro, nama-nama binatang seperti badak, babi dan seangkatan dengannya sapa yang tahan dan apabila ada orang ingat yang kau tak level dengan dia! Kau salah! 

“Come on girls time to change! Dan saya tau ramai perempuan yang di luar sana nak berubah dan jangan berubah untuk orang lain. Berubah untuk diri sendiri yang penting perubahan perlukan kesabaran,” tulisnya.


Pada masa sama, isteri kepada Shuib ini juga turut memberitahu, perbubahan yang ingin dilakukan itu bukanlah untuk orang lain, tetapi untuk diri sendiri.

“Saya tahu ramai perempuan di luar sana nak berubah, jangan berubah untuk org lain. Berubah untuk diri sendiri. Yang penting, perubahan perlukan kesabaran,” tulisnya lagi.

Entri yang telah pun mendapat lebih 17,000 likes dan hampir 400 komen itu rata-ratanya memuji penampilan penyanyi berkenaan yang dilihat lebih cantik, lebih-lebih lagi selepas bergelar ibu.




 

 Sumber : Instagram Siti Sarah

FACEBOOK KIM SKIN



No comments

Powered by Blogger.