Header Ads

Tahniah!! Ikut Jejak Neelofa,Shila Amzah Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2018




Buat peminat industri muzik tanah air, pasti anda tahu Shila Amzah kini melebarkan sayap nyanyiannya di negara China. Namanya kini dikenali di China selepas memenangi Asian Wave pada tahun 2008.

Selain Yuna, Shila Amzah antara penyanyi yang membanggakan nama Malaysia di persada Antarabangsa. Shila Amzah kini aktif melancarkan single berbahasa Mandarin di bawah syarikat rakaman miliknya.

Beberapa hari lalu, penyanyi ini berjaya memenangi anugerah di acara Global China Music Chart for CCTV di China. Lagu Mandarin RĂș gu wo men lo le nyanyian Shila Amzah memenangi tempat kedua.

Semalam, menerusi Instagram miliknya, Shila mengkhabarkan satu lagi berita gembira apabila dia tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2018 dibawah kategori Selebriti.

Menerusi posting tersebut, Shila Amzah meluahkan rasa syukur dan gembira di atas penganugerahan tersebut. Kumpulan nyanyian pop korea yang diminati Shila, Bangtan Sonyeondan (BTS) turut tersenarai dalam kategori tersebut.

Nampaknya Shila Amzah mengikut jejak langkah Neelofa yang pernah tersenarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017. Tahniah diucapkan kepada Shila Amzah.









Sumber : Instagram Sheila Amzah
FACEBOOK KIM SKIN



No comments

Powered by Blogger.