Header Ads

Ngeri Tak Sanggup Tengok,(Video) Suami Tetak Isteri Kerana Cemburu




Seorang wanita diseret dan ditetak menggunakan parang panjang oleh suaminya sebelum dibawa lari dalam kejadian di hadapan sebuah kilang elektronik di Taman Klang Jaya di sini hari ini.

Kejadian yang dipercayai akibat cemburu itu berlaku kira-kira pukul 9 pagi dan mangsa, P. Komathi, 42, hingga kini masih belum ditemukan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan laporan polis yang dibuat anak perempuan mangsa berusia 13 tahun, ayahnya N. Somoo, 37, bersama rakannya yang dikenali sebagai Mogan telah pergi ke tempat kerja mangsa.

Ayah pengadu telah mengheret ibu pengadu dan memaksanya masuk ke dalam kereta Proton Satria berwarna biru dengan nombor pendaftaran BFV 8384 sambil menetaknya menggunakan parang sebelum membawanya lari.

Sehingga kini pengadu tidak tahu ke mana ayah pengadu membawa lari ibunya kerana suspek tidak dapat dihubungi dan polis sedang berusaha untuk mengesan mangsa serta suspek,” katanya di sini hari ini.

Insiden tersebut turut tular di laman sosial selepas dimuat naik di Facebook dengan berdurasi 2 minit 34 saat. – UTUSAN ONLINE.

Dua lelaki warga India ditemukan maut dengan kesan tetakan di badan di Taman Industri Balakong Jaya di sini.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Yusoff berkata, pihak polis menerima panggilan pada pukul 7.45 malam Sabtu bahawa dua lelaki tersebut berlumurdan darah di Jalan Balakong Jaya 3.


Kata beliau, kedua-dua mangsa ditemukan di bahagian pintu masuk barisan bangunan sebuah kawasan perindustrian.

Tambah Ahmad Dzaffir, mangsa yang dipercayai dalam lingkungan 20-an dijumpai dengan wajah mereka mengadap ke atas rumput dan kesan tetakan di badan serta muka.

Siasatan awal mempercayai motif pembunuhan adalah disebabkan oleh rompakan kerana barangan berharga mangsa telah diambil.



 

Sumber : Utusan Online.

FACEBOOK KIM SKIN



No comments

Powered by Blogger.