Header Ads

Stupid! 'Macam Lempar Taik Sembunyi Tangan' - Rita Rudaini Naik Hantu




Pelakon cantik, Rita Rudaini sememangnya seorang artis yang lantang bersuara untuk mengeluarkan pendapat atau meluahkan rasa marah dan kecewanya terhadap sesuatu perkara.

Jika ada sesuatu perkara yang mengusik dirinya dan membuatkan dia berasa marah, pasti dia akan terus meluahkan rasa marahnya di media sosial.

Memang puji sikap Rita ini, kerana sebagai seorang yang bergelar artis dia harus bersikap begitu untuk membela dirinya daripada terus dipijak dan dihentam oleh orang lain. Jika terus menerus berdiam diri, lama-kelamaan orang lain akan menjadi lebih berani memijak dirinya.

Semalam,terlihat satu posting Rita di akaun Instagramnya, Rita telah meluahkan rasa marah terhadap seseorang namun begitu tiada sebarang nama yang disebut oleh Rita.

“Klau hati xberapa nak elok…mcm tu lah…πŸ™ƒ dah perli pastu off komen πŸ™ƒ mcm lempar taik sembunyi tgn…sama jer..patut dr mula bukn smlm,slps sis naik hantu! Tu pon di suruh ke caner tu…πŸ™ƒlain kali jgn bg sis BERSUARA! Don’t try me πŸ™ƒ hidup ni mmg kena biar org buat sesuka hati ke caner? πŸ™ƒ bila bersuara,ckp mulut lantang..bila diam pijak kepala..,” tulis Rita di ruangan kapsyen.



Nampaknya Rita benar-benar marah dan kecewa. Rata-rata peminat pula dilihat cuba untuk memberikan komen positif dengan menyokong luahan hati Rita dan meminta Rita untuk bersabar.

leeya.81: Mmg nk kene brsuara sis..klu x mkin mnjadi2.slagi kite benar kite kene tegas & brani.πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

ainsofea88: abaikan yg busuk hati tu..mereka berani maki2 sbb org xnmpk mereka berdepan ni.cuma berani di alam maya je..dasar pengecut tu.luv u rita.always support u dearπŸ‘πŸ‘πŸ’œπŸ’œ

myra.lyna: Biasala manusia ad je tk kena tpi kena ingt satu je kita ni orng yg hebat sbb tu bnyak dugaan tuhan bgi dkat kita yg memerli tuuu ermmmm abaikan je la tak kemana pon org macm tuuuu stay strong okayyyyy♥♥πŸ™†πŸ™†πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ‘ŠπŸ‘ŠπŸ‘Š

Dalam pada itu, ada juga segelintir peminat Rita yang mendakwa bahawa posting pelakon ini ada kaitan dengan kelab peminat pelakon, Izreen Azminda.

Walaupun mereka tidak menyebut kelab peminat tersebut adalah kelab peminat Izreen namun klu yang disebut oleh mereka seperti, merampas suami orang dan juga menyebut nama madu kepada Izreen, Intan membuatkan MH seperti dapat menangkap bahawa kelab peminat Izreen yang dimaksudkan oleh mereka.

Apapun harap Rita terus kuat dan sabar dengan apa yang dilaluinya sekarang dan segala permasalahan dapat diselesaikan dengan baik.





Sumber: Instagram Rita Rudaini

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.