Header Ads

'Siapa Tak Nak Kahwin?' - Ini Respon Risteena Bila Ditanya Soal Jodoh.




Sebaik sahaja usia meningkat dewasa, pasti kita tidak akan terlepas daripada ditanya soal jodoh. Ini merupakan soalan wajib baik lelaki mahupun perempuan dan bagi mereka yang rimas pasti mudah melenting bila masih tidak menjumpai calon pasangan sehidup semati.

Artis seperti Risteena juga tidak ketinggalan apabila disoal oleh orang sekeliling bila mahu berumahtangga. Dia juga sentiasa bersedia dan menjangka soalan begini akan ditanya oleh sesiapa.

“Kahwin? Tak tahu lagi. Sekarang saya ‘busy’ cari duit tapi kalau saya nak kahwin memang akan bagitahu orang ramai.”

“Yalah, siapa tak seronok nak kahwin kan? Tapi yang penting sekarang saya bahagia bersama famili dan kawan-kawan,” katanya kepada Media Hiburan.

Dia juga menjelaskan dia hanya berkawan dengan sesiapa sahaja dan sememangnya usia sebegini sudah tiba masanya untuk mencari jodoh yang bersesuaian.

“Saya kawan dengan semua orang, umur pun dah 29 tahun dah, mestilah kena mencari kan? Buat masa ini Ris memang berkawan sahaja, nak tengok kalau ada yang sesuai.”

“Tapi pada Ris, kalau boleh nak lah juga rasa bercinta tu, kenal hati, budi masing-masing. Tak nak lah terus ada yang masuk meminang lepas tu kahwin”, tambahnya lagi.

Risteena juga tidak meletakkan had umur untuk dirinya menamatkan zaman bujang.

“Ris takut nak letak target kahwin ni, sebab nanti kalau tak capai malu, jadi kita tengoklah dulu macam mana,” katanya.

Jangan bimbang Risteena. Nanti jodoh akan sampai juga bila sudah tiba masanya. Jangan terburu-buru dalam mendirikan rumahtangga. 









FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.