Header Ads

Siapa Pula Yang Bagi? Neelofa Teruja Terima Kejutan Jambangan Bunga Ros Dalam Pesawat Air Asia.




Pengacara dan pelakon popular, Neelofa menerima kejutan daripada syarikat penerbangan, AirAsia sewaktu dalam perjalanan pulang ke tanah air dari Singapura semalam.

Dalam perkongsian Ketua Komunikasi Korporat AirAsia di laman instagramnya @azizlaikar, kejutan tersebut dibuat sempena pencapaian Neelofa yang tersenarai sebagai salah seorang calon Anugerah Wanita Masa Depan (Asia Tenggara) yang berlangsung Selasa lepas.

“Kejutan dalam pesawat untuk Neelofa yang tercalon dalam Anugerah Wanita Masa Depan (Asia Tenggara). Majlis yang menngangkat wanita yang berjaya kini dan untuk masa depan.

“Lofa, anda adalah contoh terbaik bagi frasa wanita boleh melakukan apa sahaja. Kami (AirAsia) sangat bangga dengan pencapaian anda,” katanya.

Dalam perkongsian gambar itu, Neelofa kelihatan teruja dan terkejut menerima sejambak bunga daripada kru penerbangan AK710. 







Sumber : Utusan Online.

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.