Header Ads

Gara-gara Jemput Izreen Di Rancangan Masakannya, Shiela Rusly Terima Pelbagai Kritikan Dari Netizen.




Gara-gara menjemput Izreen Azminda sebagai salah seorang tetamu di program masakan Ketuk-Ketuk Ramadan, Sheila Rusly mendapat pelbagai reaksi netizen dan dikecam.

Seperti yang semua sedia maklum, baru-baru ini nama Izreen sering dikaitkan dengan isu kontroversi yang tercetus kerana perkahwinannya bersama seorang pemuzik bebas bernama Ude.

Selain berstatus isteri kedua, ramai peminatnya marah serta menganggap Izreen sebagai individu yang ‘kejam’ kerana merampas dan meruntuhkan kebahagiaan orang lain.

Api kemarahan semakin membuak-buak apabila baru-baru ini, suami kepada pelakon ini telah melafazkan cerai kepada madunya.

Mungkin kerana kontroversi ini, producer serta pengacara program KKR ini telah menjemputnya untuk menyertai program ini.

Namun, jemputannya itu tidak diterima ramai dan menganggap Sheila tidak seharusnya menjemput Izreen sebagai selebriti jemputan untuk minggu tersebut.



Aduh, kasihan pula tengok sis Sheila kita, tak pasal-pasal hanya kerana artis jemputan dia pula yang terkena tempiasnya.

Bagaimanapun, Sheila memberi kata dua terhadap selebriti ini. Sheila menjelaskan kepedihan seseorang di dalam hati tiada siapa yang tahu.

Malah, Sheila mengingatkan kepada orang ramai untuk jangan mengeruhkan lagi keadaan simpati itu boleh tetapi jangan menghukum sampai mati.











Sumber : Instagram Sheila Rusly.
FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.