Header Ads

Seperti Diva Sangat, Nazim Othman Tak Pernah Benarkan Sesiapa Usik Rambut Dan Wajahnya.




Pelakon Nazim Othman sanggup berhabis puluhan ribu ringgit untuk membeli sut sebanyak 40 pasang dan pakaian kasual demi wataknya sebagai Johan menerusi drama terbaharu, Mona Lisa.

Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 34, berkata dia tidak kisah mengeluarkan wang sebanyak itu kerana ia sebagai usahanya dalam menjayakan sesuatu watak.

“Saya sanggup keluarkan modal sendiri untuk menjaga imej. Lagipun sebagai seorang pelakon kita jangan berkira soal wang untuk imej.

“Sebab itu semua untuk kerja kita juga dan masa hadapan. Jadi, tak salah untuk habiskan duit bagi menjayakan sesuatu watak itu.Saya ada beli 11 sut di Vietnam dan selainnya tempah di sini sahaja. Kos perbelanjaan saya untuk imej dalam drama itu sebanyak puluhan ribu,” kata Nazim kepada mStar Online.

Nazim ditemui ketika sidang media drama Mona Lisa di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside, di sini, pada Rabu.Kata Nazim lagi, dia juga tidak membenarkan sesiapa untuk menguruskan rambut dan solekan di wajahnya kerana lebih selesa melakukannya sendiri.

“Macam rambut dan solekan di wajah saya tak pernah benarkan sesiapa usik. Saya akan buat sendiri.

“Sebelum datang ke lokasi penggambaran, saya dah bersiap terlebih dahulu. Saya lebih selesa melakukannya sendiri.Jurusolek di set hanya betulkan atau tambah jika perlu sahaja. Tapi hanya solekan, rambut hanya saya saja boleh buat,” ujarnya.






Sumber : Mstar Online.

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.