Header Ads

Selepas Putus Tunang,Lagu 'Di Matamu' Trending Habis.




Bagi sesiapa yang sudah mendengar lagu baru nyanyian Sufian Suhaimi, Di Matamu pasti dapat merasai kesedihan bait-bait lagu terbabit. Memuat sedutan lagu di Instagram, siapa menyangka lagu baru Sufian sudah berjaya mendapat lebih satu juta tontonan di laman Youtube.

Biarpun dinafikan oleh Sufian namun masih ramai menganggap lagu itu seolah menceritakan luahan perasaan Sufian mengenai perpisahan dengan Elfira Loy. Malah dikhabarkan lagu itu juga akan dilancarkan pada 23 Mac ini, dimana tarikh sama mereka sepatutnya bernikah.

“Sebenarnya lirik lagu tersebut dah ada sejak tahun lalu lagi. Memang saya bercadang untuk keluarkan lagu tersebut pada tahun ini. Bukanlah dicipta selepas berakhirnya hubungan saya dan Elfira”

“Cuma, semua yang terjadi ini seperti kebetulan sama dengan maksud lirik tersebut. Lagu itu juga sangat peribadi bagi saya kerana mengisahkan kehidupan saya yang secara kebetulan sahaja,” katanya kepada M Star Online.

Secara tidak langsung apa yang berlaku sedikit sebanyak mempromosikan lagu itu. Ini bukanlah perkara baru, artis antarabangsa seperti Taylor Swift juga sering mencipta lagu bagi setiap hubungan cinta yang terputus.







 

 Sumber : Mstar Online.

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.