Header Ads

'Sebenarnya 10 Hari lalu Saya Terpaksa Guggurkan Kandungan' - Elyana Luah Rasa Sedih




Menghidap penyakit kanser Limfoma tahap empat, Elyana mendedahkan sebenarnya baru-baru ini beliau disahkan hamil dua bulan namun terpaksa menggugurkannya diatas sebab kesihatan.

“Sebenarnya 10 hari lalu saya terpaksa menggugurkan kandungan yang sudah berusia dua bulan. Keputusan tersebut terpaksa dilakukan atas sebab keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan. Tambahan pula sekarang saya perlu makan ubat yang banyak”

Keadaan itu membuatkan Elyana sangat sedih kerana kemahuannya menginginkan anak yang ramai tidak tercapai. Malah tambahnya lagi, sebelum ini juga beliaupernah keguguran kerana hamil di luar rahim.

“Saya memang nak sangat anak sebab suka anak yang ramai. Sebelum ini saya pernah cuba dapatkan anak angkat tapi rezeki tak ada. Tiba-tiba dapat tahu hamil tapi terpaksa gugurkan. Saya sangat sedih sebab memang nak sangat anak”

“Sebelum ini pernah gugur tapi disebabkan hamil luar rahim. Kalau kanser saya ini masih peringkat awal mungkin saya boleh kuat tapi peringkat sekarang takut nanti bayi lahir tidak cukup sihat,” luahnya kepada m Star Online.

Semoga Elyana tabah menghadapi dugaan ini, tidak semua mampu tersenyum selepas pelbagai ujian diberikan. Mungkin tiada rezeki untuk menambah cahaya mata, tapi Tuhan kurniakan rezeki berbentuk lain.






Sumber : Mstar Online.

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.