Header Ads

'Saya Tidak Tahu Siapa Mereka' - Sherry Ibrahim Naik Bengang Dikaitkan Dengan Perkahwinan Fattzura.




Apa niat perunding perkahwinan Fattah dan Fazura, Rekateemor meninggalkan komen kepada Sherry Ibrahim meminta dirinya melihat perkahwinan pasangan popular itu di Instagram?

Komen tersebut membuatkan Sherry bengang dengan perunding perkahwinan tersebut dan menganggap perbuatan ini sebagai biadap dan tidak menghormati dirinya.

Sherry telah memuat naik komen tersebut di Instagram dan memohon penjelasan dari pihak terbabit kerana ini merupakan perbuatan buli siber. Jika tidak, dia akan mengambil tindakan atas perbuatan tidak bertanggungjawab ini.

Namun lain pula komen netizen yang mengatakan perbuatan ini tidak disengajakan dan merupakan ‘auto comment’. Pada pandangan netizen perkara ini tidak dilihat pula sebagai buli siber seperti yang dinyatakan Sherry.








"Pertama sekali saya tidak tahu siapa mereka dan ini berlaku pada video saya yang saya muat turun malam tadi, kata-kata INI telah memberi gangguan (pembuli siber) dan tidak hormat"

Peminat menasihati Sherry supaya tidak perlu melayan komen sebegini pada masa akan datang kerana ada juga artis yang pernah menerima ‘auto comment’ untuk tujuan promosi produk dan perkhidmatan.

Memang benar juga kata netizen. Tidak perlu respon pada ‘auto comment’ begini. Promosi ini mungkin tidak disengajakan dan kebetulan pula kena pada Sherry. 




-www.kakishare.tv

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.