Header Ads

'Saya Tiada Masalah Berlakon, Cuma Sukar Hayati Watak' - Ini Respon Aiman Tino Setelah Ditampar Oleh Pelakon Senior




Baru-baru ini penyanyi muda Aiman Tino ditampar oleh pelakon senior, Fazlina Ahmad Daud.Bagaikan sudah menjadi trend buat selebriti ketika ini yang mana berlakon turut ingin menyanyi dan mana yang menyanyi turut ingin menceburi bidang lakonan. 

“Saya tiada masalah berlakon, cuma sukar apabila perlu melakonkan babak marah dan sedih serentak. Saya ada bertanya kepada pengarahnya, Erma Fatima, bagaimana mahu menjiwai babak itu”

“Kebetulan Fazlina yang saya panggil Kak Baby ada bersama dan dia membawa saya ke satu sudut. Dia meminta saya mengenang semula perkara sedih dalam hidup. Tiba-tiba, dia menampar saya. Tindakannya itu membuatkan saya terkejut”

“Namun, sebaik selesai penggambaran babak itu, dia terus memeluk saya dan memohon maaf. Saya faham dan tidak marah kerana dia hanya membantu saya menghayati watak. Sampai patah gitar yang dijadikan prop gara-gara menjiwai watak,” kongsi Aiman kepada BH Online.

Tidak mengapalah, sekurang-kurangnya Aiman merasai sendiri bagaimana sukarnya untuk berlakon dan tidak semudah yang disangka. Harapnya jika berlakon mana-mana drama lagi selepas ini, janganlah asyik kena tampar lagi.






Sumber : BH Online.
FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.