Header Ads

'Saya Selalu Kena Ejek GEMUK, Ditendang Jatuh Longkang' - Sherry Alhadad




Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa tahu. Pepatah ini sesuai ditujukan kepada pelakon dan pengacara Sherry Alhadad yang kini semakin popular.

Siapa sangka, meskipun berbadan gempal, Sherry dipilih menjadi pengacara untuk anugerah besar dan mempunyai program bual bicaranya sendiri, The Sherry Show & Friends.

Baru-baru ini,Sherry sempat kongsikan pengalaman yang dilaluinya di zaman persekolahan dan pernah dibuli kerana berbadan besar.

“Sayangi diri anda seadanya. Dari kecil dulu saya selalu kena ejek dengan perkataan GEMUK. Saya kena buli masa sekolah rendah, pernah saya jalan kaki ke sekolah saya di tendang sampai jatuh longkang dan saya takda buat apa2 salah pun dengan dia.


Rata-rata peminat kagum dengan kecekalan Sherry dan memberi sokongan agar Sherry terus maju jaya dalam kariernya.Menurut Sherry, dia menyeru wanita lain di luar sana yang menerima nasib sepertinya untuk tidak rasa lemah dan lebih positif.

“Diskriminasi ada di mana2, tapi jangan jadikan itu alasan untuk terus lemah, jadi diri sendiri dan positif. Paling penting sayangi diri anda.








Sumber : Media Hiburan.
FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.