Header Ads

'Saya Dulu Sebelum Tukar Karier Jadi Pelakon Pernah Jadi....' - Fattah Amin Dedah Kerjayanya Sebelum Popular.




Pelakon sensasi Fattah Amin mula popular menerusi drama ‘Playboy Itu Suami Aku’. Tapi ramai yang tidak tahu, Fattah pernah bekerja di belakang tabir sebelum bergelar pelakon popular.

Baru-baru ini, Fattah kongsikan pengalamannya bekerja di belakang tabir sebagai tukang angkat barang di Skop Production.

“Saya dulu sebelum tukar karier jadi pelakon pernah kerja di Skop Production. Masa tu kerja belakang tabir jadi tukang angkat barang, angkat pasir. Kiranya semua kerja-kerja angkat itu ini, saya lah yang buat,” ujarnya kepada Media Hiburan.

Disebabkan pengalamannya itu, dia rapat dengan pengarah Syafiq Yusof dan memberitahu tujuannya bekerja di Skop Production adalah untuk menjadi seorang pelakon.

“Masa kena angkat pasir tu dengan Syafiq lah, saya cakap pada Syafiq yang sebenarnya saya kerja sini sebab nak jadi pelakon.

“Nasib baik masa tu Syafiq pun bagi sokongan dan kata saya ni bakat ada, rupa ada so boleh pergi jauh,” tambahnya lagi.

KL Special Force mula ditayangkan hari ini merupakan filem pertama lakonan Fattah Amin bersama pelakon hebat lain iaitu Rosyam Nor dan Syamsul Yusof.








Sumber : Media Hiburan.

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.