Header Ads

'Saya Dan Siti Pun Sudah Reda' - Isu Gambar Anak Tersebar,Datuk K Dan Siti Sudah Memaafkan Individu Terbabit.




Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila wajah anak Datuk Siti Nurhaliza tersebar luas tanpa keizinan mereka. Semalam, seorang jurusolek bernama Wan Noor Akmal Wan Yusof meminta maaf secara terbuka atas kesilapannya menyebarkan foto bayi berkenaan.

"Pihak kami sudah memaafkan individu yang menyebarkan foto bayi kami. Tidak mahu menjadikan ia satu isu sebab saya dan Siti pun sudah reda."

Namun,menerusi Mstar,Datuk Seri Khalid Mohamad jiwa terbuka hati memaafkan pihak yang menyebarkan gambar puteri mereka sehingga ia tular di media sosial.

Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan isterinya Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin terbuka hati memaafkan pihak yang menyebarkan foto puteri mereka sehingga ia tular di media sosial. Mereka juga sudah reda dengan perkara yang terjadi.

"Buat masa sekarang, bayi kami tak banyak karenah. Biasalah kalau berjaga waktu malam pun hanya untuk berikan dia susu. Selepas itu, dia akan tidur semula dan Siti pun dapat berehat."

"Buat masa ini Siti masih dalam pemantauan doktor kerana dia kehilangan banyak darah semasa pembedahan. Sekarang dia perlu ditambah darah dan mungkin dalam masa dua atau tiga hari lagi dia boleh pulang."

Menurut Datuk K,Isterinya masih di hospital dan belum dibenarkan pulang ke rumah kerana perlu dipantau oleh doktor.Dalam pada itu, Datuk K menceritakan pengalamannya menjaga bayi. Dia memberitahu puterinya itu tidak banyak karenah dan Siti akan menyusukannya setiap dua jam sekali.





Sumber : mStar.
FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.