Header Ads

'Saya Bukan Siapa-Siapa,Setiap Berlaku Ada Hikmahnya' - Intan Liana Rasa Terharu Dapat Sokongan Orang Ramai.




Selepas tersebarnya kisah kemelut rumahtangga di antara pemuzik bebas Ude Wahid, Intan Liana dan Izreen Azminda baru-baru ini, ramai yang bersimpati dengan nasib yang melanda Intan jika beliau diceraikan. Beliau yang tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya kepada kakak walaubagaimanapun menerima sokongan ramai sehingga dilantik menjadi model produk.

Menerusi laman Instagram, Intan meluahkan rasa bersyukur dan terima kasih di atas keprihatinan, kata semangat serta doa yang diberikan kepadanya.

Saya bukan siapa siapa… terima kasih banyak2 di atas keperihatinan,kata semangat dan doa2 semua… setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya…
SEGALA PUJI UNTUK ALLAH..JAZAAKALLAH KHAIRAN…
.
“ucapkan syukur untuk setiap kegembiraan,kerana disitu Allah hadirkan kebahagiaan..ucapkan syukur untuk setiap penderitaan,kerana disitu Allah hadiahkan kesabaran…BAHAGIA mahupun DUKA kerana hati yg tenang mampu tersenyum menyambut suka mahupun hiba yg berkunjung tiba”…. InsyaAllah
.
#sedardiri
#tidakterapungdilangit
#tidakadayangsempurna
#muhasabahdiri#bondabangkit#doayangbaikbaik#adayangsukaadataksuka





Sebak pula baca kata-kata semangat netizen buat Intan Liana ini. Sehingga ke hari ini, Intan tidak putus-putus mendapat sokongan dan ruang rezeki dari pelbagai pihak. Sebagai orang yang dilanda ujian, Intan pastinya berasa sangat tersentuh dan terharu. Apa-apapun diharapkan semoga isu ini dapat diselesaikan secara baik.






Sumber : iiintan saleh

FACEBOOK KIM SKIN



No comments

Powered by Blogger.