Header Ads

'Samsung? Eauwww Iphone Of Couse!' - Adik Neelofa Dikritik Netizen Gara-gara Pelekehkan Telefon Samsung.




Bila dengar sahaja nama adik Neelofa, Ameera Khan pasti terbayang beberapa kontroversi yang pernah tercetus. Kali ini Ameera sekali lagi menaikkan kemarahan ramai apabila memperlekehkan jenama telefon, Samsung.

Baru-baru ini Ameera memuat naik video, Quickfire Q&A With LMK, yang memerlukan Ameera memilih antara dua sebagai kegemaran beliau. Antara soalan lain, Ameera diminta untuk memilih telefon jenama Samsung atau Iphone.

Jawapan spontan Ameera mempersoalkan kembali soalan yang ditanya dan seterusnya memilih telefon jenama Iphone membuatkan beliau dikecam hebat. Ramai mendakwa jawaan Ameera seolah menunjukkan jenama Samsung satu jenama yang murah untuk dipakai olehnya.

Selain itu ada juga yang meminta pihak Samsung untuk mengambil tindakan terhadap Ameera kerana jawapannya yang merendahkan jenama tersebut. Malah dalam ruangan komen juga ada menyebut Ameera tidak sepatutnya berkata begitu kepada jenama yang membayar dirinya.






Mungkin selepas ini Ameera hanya perlu memilih sahaja apabila ditanyakan soalan, tidak perlu berkata sesuatu yang boleh mengundang kemarahan.Mungkin jenama Samsung tidak mencapai standard Ameera? 




Sumber : Instagram Ameera Khan
FACEBOOK KIM SKIN



No comments

Powered by Blogger.