Header Ads

Sambutan Hangat! 'Saya Terharu Dan Bersyukur' - Fazura Tak Sangka Ramai Hadir Di Showcasenya.




Pada November tahun lalu, pelakon popular Fazura telah melancarkan sebuah album yang memuatkan 9 buah lagu. Antara lagu yang menjadi hits adalah Sayangi Diriku, Bisa Apa dan lagu duet bersama Fattah Amin, Cinderella.

Meskipun mendapat pelbagai respon daripada netizen, sambutan hangat yang diterimanya semasa ‘showcase’ semalam membuktikan Fazura mendapat sokongan ramai. Showcase yang diadakan di Clarke Ballroom, Hotel Le Meridien Kuala Lumpur itu dihadiri kira-kira 400 0rang peminat.

Menerusi laporan Harian Metro, Fazura sangat terharu dan bersyukur dengan sambutan hangat yang diterimanya. Dia juga tidak menyangka seramai 400 orang peminat akan hadir.

"Saya terharu dan bersyukur dengan kehadiran peminat dan langsung tidak menyangka ia akan seramai ini."

"Sambutan ini membuatkan saya lebih bersemangat dan tidak sabar untuk meneruskan persembahan di beberapa lokasi lain di luar Kuala Lumpur seperti Johor Baharu, Kuantan dan Pulau Pinang, selepas ini."

Dalam showcase yang berlangsung kira-kira satu jam itu, Fazura mempersembahkan 8 buah lagu dan turut menjemput penyanyi Aizat Hamdan sebagai rakan duet. Dan sebagai kejutan kepada para peminat, Fazura menampilkan suaminya Fattah Amin yang turut menyanyikan lagu Cinderella bersamanya.





Sumber : Harian Metro-

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.