Header Ads

'Sakitnya Hati,Saya Terpaksa Tanggung Kerugian Sebanyak....' - Datuk Seri Vida Bengang Ditipu Kontraktor.




Baru-baru ini Datuk Seri Vida dikhbarkan telah menanggung kerugian sebanyak RM 11 juta,bukan sedikit duit.Namun kos tersebut adalah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh Datuk Seri Vida selepas ditipu oleh kontraktor.

Meneurut penyanyi I Am Me,kontraktor tersebut adalah pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan projek pengubahsuaian studionya.

Sepatutnya ia dijadualkan siap sejak tahun lepas,namun segalanya tertangguh.




“Padahal, studio itu sepatutnya siap pada September tahun lalu dan program Gegar Vaganza juga patut dilangsungkan di situ.

“Saya terpaksa mencari orang lain untuk menyelamatkan projek berkenaan dan menukar kontraktor. Insya-Allah selepas raya nanti, studio itu akan beroperasi dan program keagamaan terbitan saya bakal dilangsungkan di sana,” katanya kepada Astro Gempak.

Kalau perasan, Datuk Vida sekarang banyak berdiam diri untuk bermuhasabah diri katanya.

“Saya cuma mahu berehat seketika selepas dua tahun aktif dalam dunia ‘glamor’. Saya lebih banyak fokus dengan perniagaan menerusi media sosial.

“Saya sengaja menguji sejauh mana media sosial dapat membantu perniagaan saya. Ternyata, saya berjaya menempatkan diri dalam kalangan pengikut ramai,” tambahnya.







Sumber : Astro Gempak.

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.