Header Ads

'Ori Ya, Tak Perlu Bubuh Spender Atau Stoking Untuk Kasi Nampak ‘Up’' - Respon Elly Mazlein Dakwaan 'Aset' Makin Montok.




Tajam betul mata rakyat Malaysia ni, sampaikan perubahan payudara selebriti juga menjadi perhatian. Terbaru Elly Mazlein dikatakan membuat pembedahan membesarkan payudara kerana saiznya kini yang lebih menonjol.

“Dada saya adalah asli dan ia berkeadaan begitu kerana anak saya, Putri Sarah Sefhia, masih lagi menyusu badan. Lagipun, tiada sebab untuk saya membuat sebarang perubahan. Kalau ada yang masih sangsi dan terus membuat tuduhan bukan-bukan, saya tak kisah”

Ditanya pula andai beliau dilabelkan sebagai simbol seks kerana mempunyai bentuk tubuh badan yang montok, Elly tidak kisah dan enggan melayan cakap-cakap orang. Jelasnya, setelah melalui kontroversi terdahulu, beliau malas memikirkan kecaman peminat.

“Terpulanglah pada mereka, Lantak apa orang nak kata. Saya malas nak fikir kerana saya sudah melalui banyak kontroversi sebelum ini. Mulut orang bukannya boleh ditutup,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Mungkin kerana Elly masih menyusukan anak menyebabkan bentuk badannya berubah menjadi sedikit berisi. Pelik betul mata rakyat Malaysia ini, suka nampak benda yang merepek. 







“Ori ya, tak perlu bubuh spender atau stoking untuk kasi nampak ‘up’,” seloroh bintang ini kala diajukan persoalan mengenai sisi fizikalnya itu ketika dihubungi.

“Macam ni lah…Saya mempunyai anak yang masih menyusu badan. Payudara saya asli dan tidak pernah menjalani sebarang pembedahan untuk membesarkannya. 

“Kalau ada mana-mana pihak membuat perbandingan, sudah tentu ia berbeza kerana dulu, saya berstatus anak dara. Tetapi sekarang, saya bergelar ibu tunggal kepada seorang anak, Sefhia yang masih kecil.

“Dakwaan yang mengatakan saya menjalani pembedahan untuk membesarkan payudara tu tidak masuk akal langsung. Tapi terpulang orang di luar sana nak kata apa pun sebab yang paling penting, anak saya diberikan rezeki susu badan yang banyak,” kata Elly jujur.




Sumber : Berita Harian Online.

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.