Header Ads

'Neelofa Pilih Zouk Sebab Nak Berdakwah' - Zed Zaidi Bersuara.




Disebalik kecaman hebat yang diterima Neelofa akibat melancarkan koleksi tudung di kelab malam, Presiden Seniman, Zed Zaidi menyokong tindakan usahawan itu. Jelasnya itu adalah pendekatan yang diambil Neelofa untuk berdakwah di pusat hiburan.

“Neelofa mungkin ada pendekatan tertentu “untuk berdakwah” dengan memilih pusat hiburan itu untuk melancar tudungnya”

Selain Zed, pengarah terkenal, Erma Fatima juga menggesa agar Neelofa tidak mempedulikan kecaman orang mengenai lokasi yang dipilihnya. Menurut Erma tidak salah menganjurkan acara di kelab malam, dan menyeru netizen tidak ‘sibuk’ menjadi Tuhan di media sosial.

“Saya berharap netizen jangan jadi Tuhan pula untuk menghukum orang lain. Ia mungkin strategi pemasarannya untuk melancarkan koleksi tudung di pusat hiburan pula. Tiada salahnya untuk buat majlis pelancaran di pusat hiburan.

Nampaknya pendapat selebriti dan mufti bercanggah di sini. Baru semalam beberapa mufti, menyuarakan rasa sedih dengan tindakan jutawan itu dan menyuruhnya untuk bertaubat. Sebagai peminat, anda tentukanlah sendiri. 





Sumber : Projek MMO

FACEBOOK KIM SKIN




No comments

Powered by Blogger.