Header Ads

'Nak Kata Simbol Seks Ke,Kecam Ke..Lantaklah' - Elly Mazlien Tidak Peduli Dikiritik Netizen.




Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein tidak peduli sekiranya ada pihak meletakkan label simbol seks kepada dirinya hanya kerana imej seksi selain personalitinya yang manja.

Kata pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, ini dia bukan seorang individu yang sensitif apabila ada pihak lain yang cuba menjentik kesabarannya dengan pelbagai kata-kata fitnah.

"Nak kata simbol seks ke, kecam ke... lantaklah. Saya tidak boleh tutup mulut orang tentang apa yang mereka ingin katakan tentang saya.

"Saya pun bukanlah seorang yang cepat sensitif dengan perkara-perkara negatif dan apa yang betul kita ambil untuk kebaikan, selebihnya biarlah ia dibawa angin lalu," katanya.

Dalam pada itu, Elly berkata, ketahanannya yang kalis dengan kata-kata nista masyarakat itu mungkin disebabkan sudah lali dengan asam garam sebagai anak seni yang dilaluinya sepanjang 20 tahun kariernya.

Malah kata Elly, sebelum ini ada perkara lebih teruk yang terpaksa dihadapinya berbanding dengan kata-kata tidak bermakna netizen terhadapnya.

"Pengalaman banyak mengajar saya. Mungkin dulu akan cepat 'sentap' kalau ada orang mengata tetapi lama kelamaan perkara itu saya sudah lali. Status saya sebagai ibu juga membuatkan saya tak peduli lagi apa orang kata kerana ada banyak perkara lain yang perlu saya beri perhatian," katanya.

"Cukuplah saya sahaja yang banyak drama dan tidak perlu melibatkan anak saya pula. Sebab itulah saya tidak lagi memuat naik gambarnya di laman sosial kerana ingin mengelak dia menjadi mangsa kecaman selain ingin memberikannya privasi dan menjalani kehidupan biasa seperti kanak-kanak lain," katanya.







Sumber : mStar Online.

 FACEBOOK KIM SKIN




No comments

Powered by Blogger.