Header Ads

'MeLepaskan Diri Daripada Terus Disakiti Adalah Lebih Baik' - Netizen Beri Semangat Pada Intan Sempena Anniversary ke5.




Umum sedia maklum, pelakon Izreen Azminda Ogos lalu telah bergelar isteri kedua kepada pemuzik bebas Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude. Dalam satu kenyataan, isteri pertama, Intan Liana ada memberitahu beliau redha dan sedia menerima Izreen sebagai madunya. Semalam isu ini kembali menjadi hangat selepas mereka berdua ke mahkamah untuk urusan lafaz cerai selepas permohonan cerai dibuat Ude terhadap Intan pada 30 November lalu.

Di instagram story, Intan ada memuat naik status sedih dan rupa-rupanya hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima. Sedih.





Jika dilihat pada instagram story, Intan ada memuatnaik gambar beserta status sedih dimana perkahwinannya mungkin hanya bertahan selama 5 tahun. Dia menulis ‘Goodnight mrw… 1/3/13 – 1/3/18’. Pada halaman seterusnya Intan memuatnaik foto ketika bersanding dengan luahan yang sangat hiba.

"Aku pernah sayang orang sepenuh hati… Sampai aku rasa hati aku mati kehilangan dia… Sedih tu datang dari hati bukan dari muka… luar nampak happy tapi dalam hanya Tuhan saja yang tahu.. Jika Allah tidak mengizinkan kita bersatu dengan orang yang kita cinta… Semoga Allah satukan kita dengan orang yang mencintai kita… #happy5thanniversary"



Sumber : Instagram __iiiintvnroxs

FACEBOOK KIM SKIN




No comments

Powered by Blogger.