Header Ads

'Makin Femes Makin Singkat Pula Tudung' - Netizen Tegur Wany Hasrita.




Nurshazwany Hasrita Hasbullah atau nama pentasnya yang lebih dikenali sebagai Wany Hasrita merupakan seorang penyanyi baru yang mula bertapak dalam industri muzik tempatan. Penampilan Wany Hasrita yang dilihat sopan menjadi salah satu identiti dirinya yang membuatkan peminat sangat sayang akan penyanyi Menahan Rindu ini.

Terbaru, peminat meminta Wany Hasrita untuk melabuhkan kembali tudung yang dipakainya seperti dulu dalam satu status yang baru dimuatnaik.

Rata-rata peminat Wany menegur tudung yang dipakai olehnya dalam gambar tersebut kerana dilihat tidak seperti yang biasa dipakai oleh penyanyi tersebut. Peminatnya juga meminta agar Wany dapat mengekalkan imej sebagai wanita muslimah.




Ada juga segelintir peminat tetap mempertahankan Wany Hasrita dan meminta netizen untuk tidak menghina sesama islam dan berfikiran terbuka. Apa-apa pun admin doakan yang terbaik buat Wany Hasrita dan kerjayanya.





Sumber : Wany Hasrita.
FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.