Header Ads

'Makhluk Penggoda' - Lagu terbaru Sajat Mahu Goda Peminat Jaga-jaga




Belum reda lagi buah mulut orang dengan lagu duetnya bersama Datuk Aliff Syukri menerusi lagu ‘Abang Nak Tegur’, usahawan kosmetik Nur Sajat bakal melancarkan single keduanya pula tidak lama lagi.

Single keduanya bertajuk ‘Makhluk Penggoda’ itu bakal dilancarkan bulan ini atau April depan dan ‘teaser’ lagu tersebut telah siap.

“Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar, ia akan dilancarkan pada bulan ini atau April nanti,” katanya, lapor Harian Metro.

Kata Sajat lagi, baru-baru ini dia menerima tawaran berlakon filem dan akan bergandingan dengan Datuk Awie, namun dia menolak tawaran tersebut kerana sibuk dengan perniagaannya.

Bakal keluar dengan single baru, Sajat menegaskan dia tidak mencari publisiti dan mengejar glamor, sedangkan dia pernah berlakon filem pada tahun 2014.

“Kalau betul-betul saya mengejar glamor dan populariti, baik saya betul-betul buat waktu zaman berlakon Ophilia lagi, tapi saya bukan jenis begitu,” katanya.





FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.