Header Ads

Kes Penderaan Amah Dua Tahun Lalu,Rozita Dijatuhkan Hukuman Penjara 8 Tahun.




Baru baru ini viral apabila seorang Datin didakwa mendera amahnya dengan teruk. Isu itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya beranggapan perbuatan itu tiada prikemanusian.

Sebelum ini ,pihak mahkamah telah memutuskan Rozita dikenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun, selain membayar jaminan RM20,000. Namun, permohonan semakan semula hukuman dibuat Jabatan Peguam Negara terhadapnya. Terbaru, pihak Mahkamah telah memutuskan Rozita akan dipenjara 8 tahun.

"Hari ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadap Rozita Mohamad Ali yang mengaku bersalah mencederakan pembantu rumahnya dua tahun lalu."

"Hakim Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah membuat keputusan terhadap suri rumah itu yang juga responden selepas mengenepikan hukuman dikenakan terhadapnya sebelum ini."

Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan bermula hari ini dan permohonan penangguhan pelaksanaan turut ditolak mahkamah.

Rozita didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso dengan menggunakan sebilah pisau berhulu biru, sebatang pengelap lantai, sekaki payung, sebatang rod besi berwarna biru, sebatang alat mainan kucing dan penyangkut baju berwarna putih yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang.






Sumber : Harian Metro.
FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.