Header Ads

'Kami Mengundang Peminat Yang Bertuah Di Resepsi Nanti' - Fattzura




Berita baik untuk peminat Fattzura kerana pasangan itu bakal mengundang 5,000 peminat bertuah mereka untuk meraikan majlis resepsi perkahwinan mereka yang akan diadakan pada Ahad ini di Royal Palace, Shah Alam.

“Kami mengundang seramai 5,000 peminat untuk sama-sama memeriahkan majlis resepsi kali ini. Acara akan berlangsung pada sebelah siang dan dibahagikan kepada dua sesi bagi memudahkan semua pihak”

“Kami juga akan cuba sedaya upaya memuaskan hati peminat yang hadir. Memang menjadi hasrat kami untuk berkongsi kegembiraan bersama mereka yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya seni saya dan isteri,” katanya.

Menurut Fattah, acara berkenaan diadakan khas bagi menunaikan janji mereka untuk berkongsi kegembiraan bersama peminat mereka yang tidak henti menyokong kerjaya mereka selama ini.

Pada 25 Febuari lalu, pasangan kegemaran ramai ini telah melangsungkan majlis perkahwinan yang penuh gilang gemilang dengan konsep kayangan. Malah pelamin bak istana serta gaun Fazura menjadi pujaan peminat yang melihat. 






Sumber : Berita Harian Online.

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.