Header Ads

'Kami Ada Chemistry Yang Okay,Tak Pelik Peminat Mahu Kami Bercinta' - Zul Ariffin.




Kehangat cinta Zul Ariffin dan Neelofa dalam drama terbaru, Ti Amo Sweetheart 100 Hari terus membara apabila peminat seolah merestui hubungan mereka diteruskan. Malah setiap gambar mesra mereka juga mencairkan hati peminat.

Setiap foto mereka berdua pasti akan membuatkan hati peminat cair sehingga ada yang berdoa agar Zul dan Neelofa ada jodoh bersama.

"Ini bukan kali pertama, bila drama dapat sambutan ia akan terjadi, sebelum ini pun pernah ada juga. Jadi saya tak hairan bila muncul hashtag (tanda pagar) #Zulofa seperti yang dicipta peminat. Soal ini saya tak boleh nak kawal peminat, itu diluar kawalan saya dan kita sebagai pelakon hanya menjalankan tanggungjawab sebaiknya"

"Kami ada chemistry yang okay dan tak rasa pelik atau janggal. Sebelum shooting, kita duduk berbincang dan tanya apa yang boleh buat dan tidak supaya tak adalah nanti kekasih atau keluarga marah."

Buat Zul beliau tidak hairan jika peminat mahu beliau dan Neelofa bercinta kerana ia bukan kali pertama peminat mahu “menjodohkan” beliau bersama heroin.

Ramai yang mengakui pasangan ini sangat sesuai bersama dan alangkah indahnya jika mereka benar-benar bercinta. Kita nantikan sahaja drama tersebut ditayangkan dan lihat sejauh mana keserasian mereka berdua.

Untuk pengetahuan drama terbaru lakonan Zul dan Neelofa masih belum ditayangkan namun sudah berjaya menambat hati peminat dengan kemesraan mereka berdua. 







Sumber Berita : mStar Online

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.